PENGENALAN
Kapten Tepung Bakery ialah perniagaan yang menjalankan
perniagaan membuat dan mengedar produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis
kek , roti .Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik
dikawasan perumahan iaitu di Bandar Kulai, Johor.
MOTO
”BERSIH LAGI YAKIN”
VISI
Menyediakan sebuah galeri roti,kek dan biskut istimewa yang
menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk dan harga yang berpatutan
serta menyediakan perkhidmatan pembelajaran.
MISI
Memastikan orang islam mempunyai pilihan alternatif dalam
membeli produk berasaskan bakeri yang diyakini halal.ianya dapat menarik minat
consumer daripada kalangan orang islam khususnya membeli produk yang dijual
tanpa was-was. Selain daripada itu, ianya dapat meningkatkan lagi peratusan
orang melayu menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh bangsa lain.
OBJEKTIF
- Memenuhi permintaan dan
menghasilkan sesuatu yang terbaik mengikut citarasa serta kehendak pelanggan.
- Mengaplikasikan penggunaan tenaga
mahir dalam menghasilkan pembuatan dan produk yang berkualiti.
- Menyediakan perkhidmatan dan
komunikasi antara pelanggan yang profesional dalam perniagaan.
- Menjadi salah satu pengeluar
utama kek dan roti serta memenuhi keperluan pesaran tempatan.
- Mengeluarkan produk yang memenuhi
citarasa pelbagai peringkat umur dan sesuai mengikut persekitaran setempat.